Selasa, 31 Mei 2011

aku, buku & pesta buku...


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL’11) kembali!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL’11) kembali lagi menemui kita untuk tahun 2011 ini. Pesta yang berlangsung selama  11 hari bermula 22 Mac hingga 1 Mei yang lalu masih lagi di lokasi yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Hari pertama iaitu hari Jumaat yang lalu, penulis sempat bertandang ke sana selepas solat Jumaat di Masjid Negara dan menyelesaikan sedikit urusan di JAWI. Sekali lagi penulis terasa teruja dan tersenyum apabila ini kali ketiga berturut-turut penulis bertandang ke sini. Sebelum ini kali pertama penulis pernah bertandang ke PBAKL ini pada tahun 2009 dan seterusnya 2010. Dan pada tahun ini penulis tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.  

Penulis akui memang menjadi kegemaran penulis pergi ketempat-tempat begini dengan melihat-lihat, meneroka dan membeli bahan-bahan bacaan yang disukai. Penulis cukup teruja sebenarnya jika bertandang ke satu tempat yang dipenuhi ribuan malah jutaan buku. Seronok tak terkata! Jika lazimnya singgah ni mana-mana kedai buku, penulis akan spend masa yang  lama di sana. Mencari, membelek, melihat-lihat dan seterusnya membeli bahan-bahan bacaan yang penulis gemar. Penulis tidaklah menganggap penulis sseperti eorang ulat buku tetapi sedikit banyak penulis ingin melazimkan sikap suka membaca danmembudayakan membaca dalam kehidupan seharian. Malah kita sangat disarankan untuk sentiasa membaca dan menuntut ilmu. Fardhu ain bagi setiap muslim. InsyaAllah, kedepannya penulis akan terus membaca dan berkongsi di dalam blog ini. Asal niat penulis menerbitkan blog ini pun adalah bertujuan mahu menjadikan satu platform yang penulis boleh berkongsi bahan bacaan dengan para pembaca. 

jom kempbali ke pesta buku, hendak dijadikan cerita, penulis memang sudah merancang awal mahu membawa kamera digital untuk menangkap gambar-gambar suasana PBAKL kali ini. Tujuannya gambar-gambar tersebut dapat dimuatnaikkan dan berkongsi di dalam blog ini. Malangnya, ketika tiba di sana ternampaklah beberapa selebriti dan penulis buku yang popular. Waktu itu barulah... “Ya Allah, aku terlupa nak bawa kamera..!”  Dengan izin Allah, ditakdirkan terjumpalah seorang sahabat di kampus penulis secara tak semena-mena. Rezeki hari itu, kebetulan sahabat tersebut sudah mahu pulang dan penulis baru sahaja sampai ke PWTC terbabit dan ditangannya terpegang kamera miliknya. Apa lagi, penulis menggunakan peluang untuk meminjam sebentar hehe.. Alhamdulillah, lega tak terkata selepas terkilan ‘hilang ingatan’ untuk membawa kamera sendiri. Penulis meneruskan pengembaraan tanpa berlengah. 

Baiklah, jom kita lihat beberapa gambar yang sempat penulis capturedkan ketika hari ketiga (Ahad-24 Mac 2011) PBAKL berlangsung iaitu hari ketiga untuk tahun ini...

Pada hari tersebut, kumpulan Rabbani membuat persembahan di pentas utama..


Haa pic di bawah, inilah dia Abdul Latip bin Talib a.k.a Pak Latip! Penulis novel-novel sejarah no.1 di Malaysia. Sempat jugalah penulis membeli karya beliau yang bertajuk Muhammad Al-Fateh dan beliau mencoretkan tandatangannya di helaian pertama buku terbabit. Klik!! Kami bergambar.


Teka siapa ini?? Inilah Dr HM Tuah! Penulis buku-buku motivasi yang terkenal...


Eric Leong..!!! deco-desinger terkenal...


Ini pula abang dan kakak-kakak journalist ILuvIslam, tabloid islamik yang diterbitkan sekali seminggu. Mereka inilah yang bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan bacaan untuk tabloid berkeaan. Moga sukses sentiasa kepada mereka. 


Penulis sebelum ini sudah mengenali mereka ketika penulis mengikuti satu lawatan ke pejabat induk Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam. Alhamdulillah berjumpa kembali di PBAKL’11.

Antara syarikat pengusaha-pengeluar buku yang penulis gemar dengan keluaran-keluaran mereka...
Telaga Biru, PTS Publications, Al-Hidayah, Kumpulan Karangkraf dan banyak lagi...


Sebelum pulang ke kampus dan perut penulis pun memujuk pulang untuk makan, sempat melihat sebentar sebuah majlis pelancaran buku karya Dr Afifi Al-Akiti, seorang tokoh ilmuan ulung yang telah menghasilkan buku bertajuk “Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah?” dan “Memahami Persoalan Bidaah” karya Dr Umar Abdullah Kamil. Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Wan Muhammad, Pengarah JAKIM.

Para hadirin khusyuk mendengarkan majlis pelancaran tersebut...

Ketika penulis berjalan-jalan di sana, ada beberapa perkara tersirat yang penulis nampak, terfikir dan berasa kagum. Pertamanya ialah budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu. Penulis akui berasa kagum dengan kehadiran pengunjung di sini. Rata-rata orang Melayu kita yang bermacam ragamnya, tidak kira usia, baik secara berseorangan mahupun berkeluarga, daripada bergaya ketatnya hingga yang sangat labuh dan sopan pakaiannya semua kelihatan teruja dan asyik memilih dan membeli buku. Berplastik, berbakul dan malah ada yang bertroli membeli buku-buku pelbagai genre mengikut kegemaran dan selera masing-masing. Keadaan ini membuatkan penulis terfikir sejenak, adakah benar orang kita malas membaca? Benarkah rakyat Malaysia hanya membaca purata hanya beberapa helai sahaja dalam setahun? Mungkin kajian tersebut boleh dibahaskan kembali. Namun bagi pandangan penulis kajian sebegini hanyalah bersifat subjektif dan sukar sebenarnya untuk kita dapat satu penanda ukur atau hasil yang tepat. Malah kajian sebegini belum tentu lagi boleh menggambarkan secara keseluruhan rakyat Malaysia mengenai budaya membaca mereka.

Keduanya, penulis dapat melihat kehadiran ramai pengusaha, penerbit, penulis buku yang tampil dengan karya dan produk masing-masing. satu situasi yang cukup baik sebenarnya. Kebanjiran mereka sebenarnya  mencerminkan di mana sebenarnya tahap dan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Ternyata seronok melihat suasana begini, orang ramai kelihatan terlalu teruja dengan buku, pelbagai gelagat dan gaya dapat dilihat dan kemahuan untuk membaca tergambar di riak wajah...dalam satu  keadaan tu, yang berfesyen ranggi dan freehair pun terlihat banyak memilih buku-buku keagamaan di dalam bakul bukunya.. Satu perkara yang baik sebenarnya. Moga berjumpa lagi di pesta buku akan datang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan