Jumaat, 8 Jun 2012

JURNAL MUHASABAH : 'IZINKAN DIRIMU'

MELEPASKAN HAMBATAN2 YANG ADA DI DALAM DIRIMU MEMBEBASKAN DIRIMU DARI PENJARA2 YANG DIBINA OLEH DIRIMU SENDIRI DEMI MERAIH SEBUAH KEBEBASAN MUTLAK HANYA CINTANYA DI HATIMU 8 Jun 2012 : Ini adalah sebuah JURNAL MUHASABAH... Dengan namaMu ya Rabb yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Tarik nafas dalam2 dan lepaskan….Sedari dan syukuri pernafasan anda. Setiap kali anda menarif nafas, bayangkan anda menarik energi positif yg memberi rasa segar, damai dan relaks ke seluruh diri anda. Bila anda lepaskan nafas, bayangkan anda mengeluarkan rasa tertekan, keletihan, kebosanan dan kemalasan dari diri anda. Ulang2kan beberapa kali dan setiap kali anda lakukannya, anda semakin rasa tenang, damai dan relaks. Anda bayangkan ini ialah amanat/pesanan penting dari seorang insan yg menyayangi dirimu, yang sedang duduk berhadapan denganmu, yang sedang berbicara dan mengajakmu bersama2nya mengorak langkah, yang hanya ingin melihat, membantu dan membimbingmu saling memegang erat tanganmu agar dirimu berjaya, bahagia dan dapat terbang bebas sebebasnya dari sebarang keterikatan dan kebergantungan kepada yang lain selain DIA. Sahabat2 yang dikasihi, Jom sahabat, kita TAKE CHARGE untuk terus melangkah dengan keputusan yang tidak berbelah bagi untuk BERJAYA dan BAHAGIA dengan berjuang berhabis2an melaksanakan misi 'rahmatan lil 'alamin' agar dapat menuju ultimate vision kita iaitu 'total freedom', bebas daripada perhambaan manusia, nasib, suasana, sistem dan sebagainya. Bagi yg masih teragak2, buat keputusan sekarang di saat ini dan mulakan melangkah dgn menggenggam ultimate success formula iatu 1/0=infiniti. Faham formula ini? angka 1 itu merujuk kepada Allah dan angka 0 itulah kita sebagai hambaNya yang tiada daya upaya melainkan keizinan bantuanNya. ‘infiniti’ itulah bantuanNya tanpa putus sebab Dia tiada terbatas kuasanya. Malangnya ramai umat kini sangat bergantung penuh kepada kudrat dan effortnya sahaja, tawakalnya sedikit sahaja. Oleh itu sahabat-sahabat, kita perlu bersedia di saat ini dengan penuh kerelaan, keberanian dan sebuah keyakinan yang mantap untuk melepaskan segala hambatan2 yg ada satu persatu dan mengenepikan hal2 yg kita sangat sukai tetapi tidak membawa kpd meraih impian dan misi yg agung dan mulia itu. a. Berlatih dengan gigih untuk membebaskan diri kita dari kemalasan, kesedihan, ketidaktenangan, rasa kekurangan, rasa ketidakcukupan, kebosanan, limitasi2, kebuntuan dan rasa tidak percaya diri yg kita telah bina sendiri di minda sendiri. b. Terus berlatih mulai saat ini utk membebaskan dan mengucapkan selamat tinggal kpd hal2 yg negatif, hal2 yg memberi keseronokan sementara dan hal2 yg hanya bersifat sementara. Adakah kita menyedari bahawa pencarian kita di luar diri kita samada ianya berbentuk keseronokan, kegembiraan, kebahagiaan dan kepuasan yang khususnya bersifat fizikal dan material itu hanyalah untuk mengisi kekosongan, kesunyian dan ketidakpuasan yang ada di dalam diri kita?. Adakah kita menyedari apa yang kita kejarkan itu hanya memberi kegembiraan, kepuasan dan mengisi kekosongan hanya untuk sementara waktu?. Adakah kita pernah terfikir apa akan berlaku pada diri kita jika semua itu berlalu, musnah, hilang dan diambil semula dari hidup kita?. Adakah kita pernah fikirkan bahawa di saat2 kita menemui dan memiliki apa yang kita kejar2kan dan impi2kan dengan segala kepayahan itu, rupa2nya bukan itu yang kita inginkan?. Adakah kita pernah bayangkan suatu hari nanti tetiba tempat pergantungan kita selama ini patah atau hilang untuk selama2nya?. Pernahkah kita gambarkan suatu hari nanti orang2 dan barang2 kepunyaan yang kita miliki yang sangat kita cintai itu pergi dan lenyap dari pandangan kita?. Dan adakah kita memahami bahawa jawapan dan solusinya ada berada jauh di dalam dirimu? c. Berlatih dengan konsisten dan penuh ketakalan untuk membebaskan diri kita dari keegoan, kesombongan dan bangga diri dengan rasa cukup dengan apa yg ada samada ilmu, kemahiran dan kebolehan yang membawa kepada perasaan riak, takabbur, sombong dan mementingkan diri sendiri agar terus selesa di comfort zone yang ada. d. Bebaskan diri kita dengan penuh kesabaran dari hambatan2 untuk meraih kejayaan seorang diri hanya untuk diri sendiri; nak berjaya sendiri dan nak bahagia sendiri tanpa berkongsi dgn orang lain. Bebaskan program 'win-lose' tetapi genggam erat2 program 'win-win' dlm apa jua yg kita lakukan. Terus sebarkan dan berkongsi energi2 positif, energi kegembiraan, energi kejayaan dan energi keberlimpahan pada orang-orang yang kita sayangi dan kepada seluruh alam semesta ini dari hal2 yang kecil2 sehingga hal2 yang besar2. e. Bebaskan diri kita menjadi ‘hamba kepada DIA dengan syarat’, bebaskan diri kita menjadi ‘muslim yg komited dgn islam as a way of life dengan syarat’ dan bebaskan diri kita ‘memberi kasih sayang dan apa jua yg kita miliki dengan syarat’. Bebaskan diri kita dari syarat2 yang anda tetapkannya sendiri. Terus berlatih membebaskan diri dari hal2 yg besar2 maupun hal2 yg kecil2. Terus berlatih menanamkan dlm diri 'apa yg baik di sisiNYA, itulah yg baik di sisiku dan apa yg tidak disukaiNYA, itulah yg tidak disukai olehku". f. Berlatih dan terus berlatih untuk membebaskan diri kita dari sikap bertangguh2 kerana merasai masih selamat kerana kematian itu masih jauh lagi, merasai umur kita masih panjang dan anak2 masih memiliki banyak waktu lagi. Bebaskan diri anak2 dari bertangguh2 dlm hal2 yg kecil2 maupun hal2 yg besar2. Muhammad AlFateh berjaya menakluki kota Konstantinopel ketika berusia tahun awal 20-an, bukankah ramai di kalangan kita sedang dan sudah melepasi usia itu?. Bukankah dalam usia remaja lagi, Muhammad AlFateh telah sempurna solatnya, tahajjudnya dan sunat rawatibnya?. Wajarkah lagi kita memberi masa lebih banyak lagi untuk bertangguh-tangguh, bermalas-malas, berehat-rehat dan selesa dengan tahap pencapaian yg kita ada sekarang?. g. Bebaskan dirimu dari hal2 yg mengganggu dirimu dan menghalang dirimu dari terus melangkah menuju success dan happiness sama ada menimba ilmu-ilmu yang berkaitan, memperlengkapkan diri dengan kemahiran2 yg sangat diperlukan dan membentuk tabiat/karakter orang yang berjaya dan bahagia. Bagaimana mungkin untuk kita mengorak langkah menuju success dan happiness apatah lagi untuk melakar dan meraih impian2 besar dgn misi yg agung meraih cinta Ilahi, tanpa ilmu 'the art and science of success n happiness', tanpa kemahiran2 dan memiliki practical tools untuk menuju ke sana dan tanpa tabiat2/karakter org2 yg berjaya yg meraih syurga spt Rasulullah saw, para sahabat, Sallahuddin Al Ayubi, Tariq bin Ziyad dan Muhammad Al Fateh?. Bagaimana mungkin kita boleh melakar dan meraih impian menjadi tentera2 AlFateh jika kita pernah kenal, tidak mengkaji, tidak menguasai dan tidak menjiwai karakter al Fateh?. Bagaimana mungkin kita mahu melakar sejarah besar jika tidak ada persiapan2 rapi di atas, tidak sanggup utk keluar dari comfort zone kita dan tidak bersedia melepaskan hambatan2 yg ada terutama hambatan2 yg ada dalam diri kita sendiri?. Bagaimana mungkin untuk kita berjaya di dunia ini tanpa kita mengenali, mengkaji dan mengikuti langkah demi langkah orang-orang yang mengecapi kejayaan demi kejayaan?. Wah...bila lagi kita nak benar2 bersedia dan bermula?. Tidak cukup besar dan berharga sebuah kebebasan 'total freedom' buat kita?. Tidak cukup besar dan bernilainya sebuah 'cinta dan kasih sayang' Pencipta kpd kita?. Tidak cukup mulia kita menjadi umat pilihan dan ummat Muhammad saw?. Tidak cukup kenikmatan2 yg menanti kita di syurga nanti?. Masih teragak2 utk kita melepaskan hal2 yg melambatkan dan mengganggu kita melangkah dan melakukan persiapan2 rapi menuju redha Ilahi dan mendapat kejayaan, kebahagiaan dan keseronokan yg abadi dan hakiki?. Masih bersenang2 dan mampu kita berlengah2 lagi terbang bebas sebebas2nya dari keterikatan, kebergantungan dan perhambaan terhadap nafsu kita sendiri dan orang lain yg sebenarnya terlalu kerdil, hina dan tidak memiliki apa2 pun kecuali apa yg dipinjamkan oleh DIA?. Begitu besarkah nilai wang ringgit kita kalau dibandingkan dgn ilmu, kemahiran dan tabiat yg kita perolehi?. Rasa terlalu mahalkah masa dan tenaga yg kita sediakan utk mempelajari dan berlatih apa yg kita pelolehi?. Masih berkira2 lagi utk kita serahkan fizikal, spiritual, mental dan emosional utk meraih sebuah kebebasan, kejayaan dan kebahagiaan yg hakiki yg sebenarnya tanpa kita mengeluarkan apa2 pun yg kita miliki?. Bukankah semuanya bersumberkan dari Allah yang telah menyediakan dan mempersiapkan segalanya utk kita?. Bukankah semuanya percuma belaka dan semua yg kita miliki dan perlukan adalah milik DIA sebenar2nya?. Sahabat2, hanya mereka yang tidak memiliki apa2 dan miskin sebenar2nya yang akan berkejar2 dan berlumba2 untuk memenangi pertandingan2 di luar sana…mereka berlumba2 untuk memenangi hati orang lain dan mengharapkan penghargaan serta pertolongan malah meletakkan pergantungan kepada orang lain. Mereka berlumba2 mencari ketenangan dan kegembiraan di luar sana. Mereka juga takut memberi dan berkongsi apa yang mereka miliki kerana mereka rasa apa yang mereka miliki itu tidak mencukupi dan berkurangan apabila memberi atau berkongsi dengan orang lain. Bukankah itu kemiskinan dan ketakutan yang sebenarnya?. Bukankah itu kehidupan yang serugi2nya dan semalang2nya?. Masih tidak sedarkah kita bahawa lautan kasih sayang, kekayaan, kedamaian dan keberlimpahan yang kita kejar2kan di luar sana sebenarnya berada di dalam diri kita sendiri?. Mungkin terlintas di fikiran kita dan kita bukan tidak menyedari dan tidak mahu berubah tetapi kita memang tak ada sumber2 itu, memang tiada duit dan masa, memang tiada kemampuan, memang tiada segala2nya utk melakukannya jadi macam mana kita nak bermula?’. Berkemungkinan kita menyedari bahawa di hadapan kita ada banyak cara, jalan dan pilihan samada yang kita tahu atau yang diajarkan kepada kita, tetapi kita rasa kita tidak mampu dan tidak tahu bagaimana untuk mula melakukannya. Tanyakan diri kita dengan penuh kejujuran, adakah aku tidak tahu atau tidak mampu atau adakah sebenarnya aku tidak mahu melakukannya?. Adakah semua itu hanya alasan yg diberikan oleh nafsu bukan akal dan hati kita?. Teruskan bertanya dan melontar soalan-soalan itu kepada diri kita, adakah kita benar2 tidak memilikinya atau kita sebenarnya 'tidak mahu' melakukannya?. Adakah kerana kita tidak tahu atau kerana kita lupa akan siapa diri kita, untuk apa kita lahir ke dunia dan ke mana kita harus pulang akhirnya?. Masih ragu2 dan masih perlu masa yg lebih banyak lagi untuk kita membuat pilihan dan keputusan serta menggenggam impian kita sehingga menjadi bara api? Jom kita fikir-fikir dan sembang2kan....